Showing posts with label mangkavot. Show all posts
Showing posts with label mangkavot. Show all posts

KISAH POHON EPAL



Suatu ketika, hiduplah sebatang pohon epal besar dan kanak-kanak lelaki yang suka bermain-main di bawah pohon epal itu setiap hari.
Kanak-kanak itu suka memanjatnya hingga ke pucuk pohon, memakan buahnya, tidur dibawah keteduhan rendang daun-daunnya.
Kanak-kanak lelaki itu sangat sayangkan pohon epal itu.
Demikian juga pohon epal sangat sayang kepada kanak-kanak kecil itu.



Waktu terus berlalu.
Kanak-kanak lelaki itu kini telah dewasa dan tidak lagi bermain-main dengan pohon epal itu setiap hari, seperti kebiasaannya.



Suatu hari dia mendatangi pohon epal itu.
Wajahnya nampak sedih.
“Mari ke sini bermain-main lagi denganku” kata pohon epal itu.
“Aku bukan anak kecil yang bermain-main dengan pohon lagi” jawab kanak-kanak lelaki itu.
"Aku ingin sekali memiliki mainan, tetapi aku tiada wang untuk membelinya.”



Pohon epal itu menyahut, “Erm, maaf aku pun tiada wang.. Tetapi kamu boleh mengambil semua buahku dan menjualnya. Kamu boleh mendapatkan wang untuk membeli mainan idamanmu” . Kanak-kanak lelaki itu sangat gembira. Dia memetik semua buah epal yang ada di pohon dan pergi dengan penuh suka cita.
Namun, setelah itu kanak-kanak lelaki itu tak pernah datang lagi. Pohon epal itu kembali sedih.



Suatu hari kanak-kanak lelaki itu datang lagi.
Pohon epal sangat gembira melihatnya datang.
“Mari bermain-main denganku lagi” kata pohon epal.
“Aku tiada waktu” jawab kanak-kanak lelaki itu.
“Aku harus bekerja untuk keluargaku. Kami memerlukan rumah untuk tempat tinggal. Mahukah kau menolongku?”
“Maaf aku pun tidak memiliki rumah. Tetapi kamu boleh menebang semua dahan rantingku untuk membina rumahmu” kata pohon epal itu.

Kemudian anak lelaki itu menebang semua dahan dan ranting pohon epal itu dan pergi dengan gembira.
Pohon epal itu juga merasa bahagia melihat anak lelaki itu gembira. Tetapi anak lelaki itu tak pernah kembali lagi. Pohon epal itu sekali lagi merasa kesepian dan sedih.



Pada suatu musim panas, anak lelaki itu datang lagi.
Pohon epal merasa sangat gembira menyambutnya.
“Jom bermain-main lagi denganku” kata pohon epal.
“Aku sedih” kata anak lelaki itu.
“Aku sudah tua dan ingin hidup tenang. Aku ingin pergi bersiar-siar dan berlayar. Mahukah kamu memberikan aku sebuah kapal?”

“Maaf aku tidak mempunyai kapal, tetapi kamu boleh memotong batang tubuhku dan menggunakannya untuk membuat kapal yang kau mahu. Pergilah berlayar dan bersenang-senanglah “

Kemudian, anak lelaki itu memotong batang pohon epal itu dan membuat kapal yang diidamkannya.
Dia pun pergi berlayar dan tidak pernah lagi datang menemui pohon epal itu.



Akhirnya, anak lelaki itu kembali setelah bertahun-tahun kemudian.

“Maaf anakku” kata pohon epal itu.
“Aku sudah tidak memiliki buah epal lagi untukmu.”
“Tak apa. Aku pun sudah tidak memiliki gigi untuk mengigit buah epalmu” jawab anak lelaki itu.
“Aku juga tidak memiliki batang dan dahan yang boleh kau panjat” kata pohon epal.
“Sekarang, aku sudah terlalu tua untuk itu semua” jawab anak lelaki itu.
“Aku benar-benar tidak memiliki apa-apa lagi yang dapat aku berikan padamu. Yang tinggal hanyalah akar-akarku yang sudah tua dan sekerat ini” kata pohon epal itu sambil menitikkan air mata.
“Aku tidak memerlukan apa-apa lagi sekarang” kata anak lelaki itu.
“Aku hanya memerlukan tempat untuk berehat. Aku sangat penat setelah sekian lama meninggalkanmu”
“Oooh, bagus sekali. Tahukah kamu, akar-akar pohon tua adalah tempat terbaik untuk berbaring dan beristirehat. Mari, marilah berbaring di pelukan akar-akarku dan berehatlah dengan tenang.”



Anak lelaki itu berbaring di pelukan akar-akar pohon.
Pohon epal itu sangat gembira dan tersenyum sambil menitiskan air matanya.



Apa yang dapat kita ambil dari cerita tersebut adalah ini adalah tentang cerita kita semua
Pohon epal itu adalah ibu bapa kita.
Ketika kita muda, kita senang bermain-main dengan ayah dan ibu kita.
Ketika kita semakin besar, kita meninggalkan mereka (seperti sekolah yang jauh dan universiti), dan hanya datang ketika kita memerlukan sesuatu atau dalam kesulitan.



Tidak peduli apa-apa pun, ibubapa kita akan selalu ada untuk memberikan apa yang dapat mereka berikan untuk membuat kita bahagia.
Kita mungkin berfikir bahawa anak lelaki itu telah bertindak sangat kasar terhadap pohon itu,
Tetapi kadangkala tanpa kita sedari begitulah sikap kita terhadap orang tua kita.



Orang inilah yang setiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya.
Orang inilah, rela melakukan apa sahaja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.

Sekarang, lihatlah ayah dan ibu anda ketika sedang tidur. Bagaimana jika saat kita jauh tidak disampingnya, kita tak dapat lagi melihatnya kerana mereka sudah tidur untuk selamanya.

Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat

Betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan mereka ini untuk kebahagiaan anda.

Cintailah mereka kita, dengan sebenar-benarnya cinta

Ucapkan pada ibubapa kita sekarang, betapa kita mencintainya; dan berterima kasih atas seluruh hidup yang telah dan akan diberikannya pada kita.

Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok hari mereka “orang-orang dikasihi itu” tidak lagi membuka matanya, selamanya..

RUMAH MESRA RAKYAT 1MALAYSIA


CARA PERMOHONAN RUMAH MESRAH RAKYAT 1MALAYSIA (RMRIM) | Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata program Rumah Mesra Rakyat kini dikenali sebagai Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M), dan kerajaan bersetuju supaya isi rumah dengan pendapatan maksimum sehingga RM3,000 layak memohon RMR1M berbanding RM1,500 sebelum ini dan menetapkan supaya Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) membina 10,000 unit RMR1M pada tahun 2012.
Rekabentuk-Rumah-RMR
Semua Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia akan dibina dengan mengguna pakai teknologi ‘Industrialised Building System’ (IBS) dengan keluasan binaan lebih besar tanpa melibatkan sebarang tambahan kos kepada pemohon.

Pengerusi SPNB Datuk Idris Haron berkata, penggunaan teknologi IBS mampu menghasilkan rumah yang berdaya tahan, ekonomik dan inovatif dan ia mampu mempercepatkan jangka masa pembinaan ke-14 hari berbanding 70 hari mengikut kaedah konvensional.

Pembinaan RMR1M itu berkonsepkan tiga bilik tidur dan dua bilik air dengan keluasan 1,000 kaki persegi, serta mengikut spesifikasi majlis kerajaan tempatan dan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam Malaysia.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN RMRIM:
  • Warganegara Malaysia.
  • Pemohon mestilah berumur di antara 18 hingga 65 tahun. (Pemohon umur melebihi 35 tahun perlu menyediakan penama kedua umur kurang daripada 35 tahun)
  • Berkahwin atau Ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan.
  • Pendapatan kasar seisi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan.
  • Tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang / tidak sempurna.
  • Mempunyai tanah / tapak yang bersesuaian dan tiada sekatan / cagaran ke atasnya. Jika tanah bukan kepunyaan pemohon, Surat Akuan / Kebenaran Berkanun dari tuan tanah diperlukan untuk membina dan menggadai tanah tersebut kepada BSN.
REKABENTUK BARU RUMAH MESRAH RAKYAT:
Klik jenis rekabentuk untuk maklumat lanjut

BORANG RUMAH MESRAH RAKYAT:
Borang permohonan untuk RMR1M boleh dimuat turun di semua pejabat wakil rakyat melalui sistem ‘online’ bagi memudahkan pemohon memperoleh borang dan mengetahui status permohonan.

Setakat artikel ini ditulis, borang Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia masih belum lagi dibuka untuk download dan kami pasti borang pasti akan diupload dalam internet setelah ada diantara mereka yang telah mendapatkan borang tersebut.

Untuk maklumat lanjut mengenai program ini, sila hubungi Jabatan Rumah Mesra Rakyat di talian 03-2681 0180.

KANAK-KANAK LUAR BIASAA


KANAK-KANAK SANGGUP MENGABDIKAN DIRI KEPADA AYAHNYA-Seorang kanak-kanak di China telah mendapat penghargaan tinggi dari pemerintah kerana telah melakukan “PERBUATAN LUAR BIASA”. Yang membuatnya dianggap luar biasa adalah perhatian dan pengabdian pada ayahnya, sentiasa kerja keras dan pantang menyerah, serta kelakukan dan tutur kata yang menimbulkan rasa simpati.
jbclitda

Sejak ia berusia 10 tahun anak ini ditinggalkan oleh ibunya yang sudah tidak tahan lagi hidup bersama suaminya yang sakit keras dan miskin. Dan sejak hari itu Zhang Da hidup dengan seorang ayah yang tidak boleh bekerja, tidak boleh berjalan serta selalu sahaja sakit. Keadaan ini memaksa seorang kanak-kanak hingusan yang  belum genap 10 tahun ketika itu untuk mengambil tanggungjawab yang sangat berat. Dia harus ke sekolah dan mencari makan untuk ayahnya dan juga dirinya sendiri, dia juga harus memikirkan untuk membeli ubat-ubat yang mahal harganya untuk keperluan ayahnya.

Dia masih terlalu kecil untuk menjalankan tanggung jawab yang susah dan pahit ini. Dia adalah salah satu dari sekian banyak kanak-kanak yang harus menerima kenyataan hidup yang pahit di dunia ini. Tetapi yang membuat Zhang Da berbeza  ialah dia tidak menyerah.

Hidup harus terus berjalan, tapi tidak dengan melakukan kejahatan, melainkan memikul tanggungjawab untuk meneruskan kehidupannya dan ayahnya.

Kehidupannya semakin mencabar apabila dia sudah bersekolah. Dari rumah sampai sekolah harus berjalan kaki melalui hutan kecil. Dalam perjalanan ke sekolah itulah, dia mula memakan daun, biji-bijian dan buah-buahan yang  ditemui. Kadang-kadang dia juga menemukan sejenis akar atau rumput dan cuba memakannya. Sehinggakan dia mengetahui yang mana boleh dimakan atau tidak. Setelah balik dari sekolah , dia dengan beberapa tukang batu untuk membelah batu-batu besar dan memperolehi upah dari pekerjaan itu. Hasil kerja sebagai tukang batu ia gunakan untuk membeli beras dan ubat-ubatan untuk ayahnya.

Selama lima tahun dia menjalani kehidupan sebegini tetapi badannya tetap sihat, segar dan kuat untuk ZhangDa merawat ayahnya yang sakit.

Sejak umur 10 tahun ini  jugalah, dia mula bertanggungjawab untuk merawat ayahnya. Dia mendukung ayahnya ke tandas dan sekali-sekali memandikan ayahnya, dia membeli beras dan membuat bubur.Segala urusan ayahnya,  dia kerjakan dengan rasa tanggungjawab dan penuh kasihsayang. Semua pekerjaan ini menjadi tanggungjawabnya sehari-hari.

Zhang Da menyuntik sendiri ayahnnya.Ubat yang mahal dan jauhnya tempat berubat membuat Zhang Da berfikir untuk menemukan cara terbaik untuk mengatasi semua ini. Sejak umur sepuluh tahun ia mulai belajar tentang ubat-ubatan melalui sebuah buku terpakai yang belinya. Yang membuatnya luar biasa adalah ia belajar bagaimana seorang jururawat memberikan injeksi/suntikan kepada pesakitnya. Setelah ia rasa ia mampu,ia nekad untuk menyuntik ayahnya sendiri. Sekarang pekerjaan menyuntik papanya sudah dilakukannya selama lebih kurang lima tahun,maka Zhang Da sudah biasa dengan pekerjaannya itu.

Ketika acara penganugerahan penghargaan tersebut berlangsung, pembawa acara bertanya apa yang diinginkan Zhang Da ” Apakah wang atau lainnya. Disini ada banyak pejabat, pengusaha, juga ada ratusan juta penonton telivisyen.Mereka boleh membantu mu!” Namun apa yang dikatakan Zhang Da sungguh mengejutkan siapapun, ia hanya berkata, ” Aku hanya ingin ibu ku kembali!.”

Kisah di atas bukan saja mengharukan namun juga menimbulkan kekaguman. Seorang anak berusia 10 tahun dapat menjalankan tanggung jawab yang berat selama 5 tahun. Kesulitan hidup telah menempa anak tersebut menjadi dia seorang anak yang tabah dan pantang menyerah.sumber

lAgi kejAdiAn Aneh dAn benAr...


sampai makan rumput sebab berabis makan pusas sebelum ini..tda la lauk..kwang2000x... dah la makan sorang2..orang semua tgh pelik tgk dia mkn ni...apa2 saja la..

tidAk tAu kenApA jadi Begini nasib dia ni....ishk..ishk..ishk

C diRin & lain-lain mokiongkuzu di Sungai Kipouvo..Penampang (bukan di Batutai arrr...)


ini dia muka "S3wnt w3rv4"... jauh2 dia dtg dr KL utk mokiongkuzu saja..tp sebenarnya dia melepaskan penat sebab dia dtg pun mau tgk bapa dia d Hospital Queen..bukan saja2 arrr.......


hujan-hujan pun boleh ba mandi sungai..tidak takut olonod ba mereka2 ini..kalau c busung tau la ini tempat...tempat dia dulu2...

Apalah dorANG NI...Siapa suruh magavi monilus pusas..tengokla..terpaksa mokiongkuzu lagi..bagus kalau dapat...ini mau putus asa sdh c dirin sampai mau tumuntuvad..alalala

the nature is calling

Take Time To Think
it is the source of power
Take Time To Play
it is the secret of perpetual youth
Take Time To Read
it is the fountain of wisdom
Take Time To Play
it is the greatest power on earth
Take Time To Be Friendly
it is the road to happines
Take Time To Laugh
it is the music of the soul
Take Time To Give
it is too short a day to be selfish
Take Time To Work
it is the price of success
Take Time To Do Charity
it is the key to heaven

Take Time To Love And Be Loved
it is given privilege.......

rEnO kawin....


Yang ni masa c rEnO kawin ni..tgk baju dia tu..buli pula buka2 mcm superman..tagap la kunun itu..ingat mau upload gambar ni di wajahbatutai tp d sini pun buli la ba..sama juga kan..siapa2 mau minta gambar ni..mail saya sj la..k.ataupun cntct my phone no la..

ANDING...tauke kinupi kg batutai


ini dia tauke kinupi yg selalu di sebut2. kalau kamu tak kenal la..mau kinupi just contact this person(yg di tengah2 la) yg kiri-kanan tu tak kenal pun)...eheheh.tapi c anding bukan suki kinupi ni.."golden" pula..apa mcm tauke kinupi tak promote produk sendiri ni..itu korang kena tanya dia sendiri la..k..slmt Deepavali..

10 CARA MENAKUTKAN JIRAN ANDA (sekiranya anda seorang yang amat suka bergurau ganas dengan jiran anda):

1.) Kat halaman belakang, gali 2-3 batas berbentuk kubur kemudian letakkan papan dan kain putih.Bila jiran tegur nanti, kata “Takde apa-apa tu. Saya nak tanam sayur….nak berkebun”, sambil menyiram air mawar keatas ‘kubur tipu’ tu…. lagi wangi lagi real…

2.) Bila jiran tengah menonton TV di ruang tamu mereka, ambil kerusi malas / kerusi plastik dan turut serta menonton TV mereka, tapi dari halaman mereka dan dengan menjengok2 tingkap mereka. Sure mereka seriau, especially kalau mereka tengah menonton cerita ‘Pontianak Harum’. Kalau boleh, pakai jubah putih dan lakukan pada malam hari.

3.) Pesan pizza tapi alamatkan ke rumah jiran anda. Setiap kali buat pesanan, suruh orang delivery hantar ke rumah mereka.Kalau jiran complain, kata anda takde telefon jadi kena pesan ke alamat mereka…

4.) Setiap Subuh, alihkan tanaman dan pokok bunga jiran anda daripada tempat yang asal. Lakukan setiap pagi supaya tanaman / pasu bunga mereka sentiasa beralih-alih. Kalau mereka hairan, kata “Kuat berjalan betul pokok2 awak nih!”.

5.) Minta kebenaran mereka untuk membuang sampah di tong sampah mereka. Jika mereka tanya kenapa, kata je “Tong sampah saya penuh dengan mayat.. eh.eh… sampah…hehehe”.

6.) Bila menyidai baju di ampaian rumah, sidai sekali surat khabar, majalah dan buku2 anda.Jika jiran tengok, kata je anda tak suka membaca bahan bacaan kotor.

7.) Suruh isteri dan anak2 anda mmanggil anda ‘Duli yang maha mulia seri paduka Zorgon’ depan jiran2.Jika jiran nak tahu kenapa, kata je anda berasal dari kerabat diraja Marikh.

8.) Buat open-house dan jemput jiran2 anda. Tapi hidangkan kasut, selipar, terompah, boots dan kasut high-heels sebagai hidangan utama.Buat barbecue di halaman dan panggangkan selipar jepun anda.Cadangkan kepada jiran yang anda pun boleh tolong mereka panggang kasut mereka sekali.

9.) Bila jiran datang ke rumah anda, jangan bagi mereka duduk diatas kerusi. Suruh duduk kat lantai, walaupun ternyata ada sofa dan banyak kerusi lain. Kata yang kerusi2 kat rumah anda ada jerangkap samar (landmines).Kalau ke rumah mereka, buat benda yang sama. Kata anda tak nak duduk, takut meletup…

10.) Buat patung boneka drp kain yang serupa macam muka dan pakaian jiran anda.Jika dia terkejut, kata je anda rasa lonely dan boneka tersebut membuat anda rasa jiran anda sentiasa disisi dan tak lonely. Sure dia horror….!

sumber: http://www.lawakjenaka.com/

Fun MaThEmAtIcS

Matematik lebih menyeronokkan
Perkenalkan angka dalam permainan anak anda asalkan dia rela tetapi bagaimanakah ini boleh dilakukan?


KUNCI kepada kemahiran mengira bagi kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah adalah mengenali nombor-nombor asas dari satu ke lima sebelum memasuki peringkat lebih tinggi.
Ini termasuk menyusun nombor mengikut urutan, menghitung objek satu persatu atau menolak serta menambah nombor. Paling penting adalah bagaimana untuk meletakkan kemahiran ini ke dalam konteks pengiraan atau menyelesaikan sesuatu masalah sebenar.
Di sekolah, masalah matematik diajar menggunakan bahasa matematik dan kemahiran menyelesaikan masalah. Tetapi, apa yang lebih penting adalah mengajar anak tentang nombor dan matematik melalui kaedah yang lebih bermakna dan menyeronokkan.
Ramai ibu bapa tidak tahu bahawa kemahiran mengira boleh dikaitkan dengan kebanyakan aktiviti yang dilakukan oleh si anak.
OBJEK-OBJEK yang dikira boleh ditambah atau dikurangkan dari semasa ke semasa untuk mengajar anak tentang penambahan serta penolakan.
Berikut adalah beberapa idea bagaimana untuk membuatkan anak menikmati sesi 'pengiraan':


*** Tunjukkan kepada anak tentang apa sahaja yang bernombor di sekitar rumah atau ketika keluar bersiar-siar. Kalendar, jam dinding, telefon, rumah, bas dan nombor plat kereta adalah contoh terbaik untuk memberi anak perhatian positif terhadap segala yang berkait dengan nombor.
Pada mulanya anak akan mengenali ia sebagai angka sebelum memahami apa sebenarnya ia. Selepas itu, ia menyenangkan anda membantu anak melihat urutan serta membaca nombor-nombor tersebut.
*** Berikan anak pengenalan asas tentang masalah kiraan harian. Apabila membuat kek, anda boleh mengira bilangan telur, amaun gula pasir, berapa sudu teh air dan sebagainya.
Atau sewaktu membahagikan snek kepada rakan-rakan, anak anda boleh menjadi 'tukang pengukur' sama ada amaun yang diberikan sama rata. Mintalah anak membantu anda ketika menyediakan makan malam. Dia boleh diajar menghitung bilangan sudu dan garpu di atas meja.
Makanan sesungguhnya adalah insentif yang baik. Bijirin mahupun pasta kering boleh dikira sebelum dimakan. Ataupun anda boleh menghiaskan biskut-biskut mahupun mufin dengan kepingan gula yang cantik untuk dikira oleh anak.
*** Objek-objek asli seperti kulit kepah atau biji pokok ru juga merupakan satu kaedah menarik untuk digunakan sebagai bahan kiraan. Pastikan anak mengira satu-satu jenis objek pada sesuatu masa. Ini mungkin mengambil sedikit masa sebelum dia benar-benar mahir.
Tetapi, objek-objek yang dikira boleh ditambah atau dikurangkan dari semasa ke semasa untuk mendidik anak tentang penambahan serta penolakan. Formula menambah dan menolak akhirnya akan dihafal oleh anak yang lebih dewasa bagi memudahkan mereka menyelesaikan masalah yang lebih kompleks dengan pantas.
Perkenalkan angka dalam permainan anak anda asalkan dia rela. Jika anak anda suka bermain dengan kereta, letakkan pelekat bernombor pada kereta atau minta anak untuk menyusun semula kotak-kotak kasut mengikut urutan nombornya. Perkara yang sama boleh dilakukan untuk keretapi.
*** Jika anak anda suka bermain permainan yang melibatkan watak, gunakan barang permainan atau telefon lama untuk 'menelefon' rakan-rakan, ahli keluarga yang lain, doktor atau sekadar menempah piza. Tuliskan nombor dalam buku 'telefon' tersebut.
*** Rekakan angka menggunakan adunan tepung atau guntingkan penyedut air untuk dijadikan lilin palsu di atas 'kek' bagi tujuan kiraan. Berlakonlah seakan anda adalah peniaga dengan menggunakan duit sebenar dan letakkan tanda harga pada makanan atau barangan mainan untuk tujuan jual beli.
*** Nyanyikan lagu yang melibatkan nombor sambil menghitung menggunakan jari, barang permainan atau binatang plastik. Berbincanglah dengan anak tentang urutan nombor sebelum dan selepas. Gunakan kad-kad bergambar sebagai bantuan.
*** Untuk anak yang lebih aktif, gunakan lukisan bernombor yang besar atas kad atau kertas untuk menarik perhatiannya. Pilihlah sebarang nombor dan mintanya menyebut nombor tersebut. Satu lagi alternatif lain adalah dengan melabelkan nombor pada kotak-kotak dan membiarkan anak membuang bola ke dalam kotak berbeza bagi mengumpulkan mata.
*** Dapatkan anak untuk bermain permainan klasik yang melibatkan pengiraan seperti 'Pukul berapa sekarang?' atau mengambil bahagian dalam permainan 'ular dan tangga'.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.supernanny.com.

berhati-hati ketika memandu keretapi....


A08

Pertahanan Kg Batutai yang kukuh menghalang dari anasir-anasir luar yang cuba mengganggu gugat keamanan kampung

nunu habal sokoviai

bertahun sudah ku menunggu dirimu..akhirnya kau tetap manjadi kampungku...sekian lama kita menunggu perubahan2 yang mutlak di kg batutai..adalah sikit yg berubah..penduduk2 dah ramai yang tanam getah, toreh getah, main getah mahupun tangkap "getah'..sebabnya harga getah naik melambung walaupun tak lah sama dengan harga getah di pasaran sebenar..misalnya di semenanjung malaysia harga getah lebih tinggi berbanding di kepulauan Borneo amnya, kg batutai khasnya lah...apa lg yg berkembang dan berubah???..kulat la semakin berkembang kan (tanya c taragang rasuk la) ehehe...multipurpose hall pun dah berubah..dulu kayu semata-mata..papan buangan saja, tp berkat keazaman pangerusi JKKK kg batutai..jadilah mcm sekarang..mcm Dewan Saadah di Wisma MUIS pula (adakah??)..umumnya dari cara pemikiran penduduk2-nya pun dah bnyk yg maju ke hadapan la (tapi perbuatan mungkin belum semuanya)..anjakan paradigma lah orang kata...banyak juga yang berlumba2 cari harta dunia.(tak tau la harta syurgawi)..(suka hati diorangla..) walaupun tdk dinafikan masih ada segelintir yang masih berada di takuk yang lama..bangunlah bangsa ku....kita bina kejayaan kg kita KG BATUTAI, KOTA MARUDU, KM 17 KUDAT, SABAH. MALAYSIA.ASIA TENGGARA..
selamat maju jaya....