Mama..Kepergian Mu Ku Relakan (09 Jan 2008)

Mama...aku masih terkilan kerana berasakan aku tidak pernah menjagamu sewaktu hayatmu dengan sebaiknya:dan aku juga yang memaksa mama untuk mendapatkan rawatan di hospital kerana begitu yakin dengan cara rawatan moden untuk menyembuhkan mama (tongue cancer). Bahkan sewaktu mama berhadapan dengan penyeksaan dan penderitaan di katil hospital (dicabut kesemua gigi sebelum menjalani beberapa siri rawatan radioterapi dan kemoterapi yang semakin melemahkan daya tahan mama, menggugurkan rambut mama yang memang tidak lebat :mama masih mampu berseloroh yang mama terpaksa pakai gigi palsu selepas sembuh): terasa tidak banyak yang aku perbuat untuk menghiburkan mama yang sememangnya perlukan perhatian yang lebih pada saat-saat itu. Terasa kurangnya kasih sayang ku terhadap mama yang mengandungkan aku dan membesarkan aku. Aku masih teringat pada hari-hari terakhirmu (di rumah, setelah doktor membenarkan mama dibawa pulang: kerana sudah "tiada harapan") tepatnya sehari sebelum mama 'pergi'. Aku sempat melihat senyum lemah mama yang terakhir saat aku sudahi memotong dan membersihkan kuku di jari-jari mama yang semakin lemah (mama masih pentingkan kebersihan diri pada saat-saat itu)sambil mama memaksakan (berusaha) bercakap dengan kawan-kawan/saudara mara mama yang datang melawat...mama sempat memanggil nama 'seseorang' dan menunjuk ke arah jalan yang nyata tiada siapa-siapa berada di situ (bodohnya aku kerana kurang pengetahuan: mungkinkah petanda mama akan segera 'pergi'?). Ternyata benar, pada tengah malam itu juga mama telah 'pergi' buat selama-lamanya (aku tidak berada di rumah mama waktu itu:mungkin mama tidak mahu aku melihat kepergian mama yang penuh seksa). Siangnya, aku cuma mampu mencium mama buat kali terakhir sambil memerhati seraut wajah mama yang begitu tenang dan sekujur tubuh mama yang di pembaringannya. Tuhan, terima kasih kerana Engkau telah melepaskan mama dari penderitaan dan penyeksaan.semuanya terjadi atas kehendakmu......sanak saudara, sahabat handai, rakan taulan mama yang datang memberi penghormatan terakhir buat mama begitu ramai..membuktikan mama adalah seorang yang begitu baik dan penyayang semasa hayatnya,..kasih sayang mama pada setiap yang mengenalinya tiada tolok bandingnya..... Mama...maafkan aku kerana aku sedar aku belum puas bersama mu,menyayangimu dan disayangimu..belum sempat ku balas semua pengorbanan mu buatku...damailah di sana..anak mu sentiasa akan mendoakan mu..amin *Mama (Afong bte Pandayangan) menghembuskan nafas terakhir pada 09 Jan 2008 setelah menderita kanser yang pada mulanya dikesan mengalami bengkak (ketulan) di lehernya dan akhirnya didiagnosakan sebagai kanser lidah (dan tekak) yang pada hari-hari terakhirnya hanya mampu mengalas perut dengan susu formula melalui tiub yang disalurkan melalui hidungnya...terlalu banyak cerita dan derita yang tidak terungkapkan..sama-samalah kita mendoakannya di alam sana..

No comments: