RUMAH MESRA RAKYAT 1MALAYSIA


CARA PERMOHONAN RUMAH MESRAH RAKYAT 1MALAYSIA (RMRIM) | Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata program Rumah Mesra Rakyat kini dikenali sebagai Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M), dan kerajaan bersetuju supaya isi rumah dengan pendapatan maksimum sehingga RM3,000 layak memohon RMR1M berbanding RM1,500 sebelum ini dan menetapkan supaya Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) membina 10,000 unit RMR1M pada tahun 2012.
Rekabentuk-Rumah-RMR
Semua Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia akan dibina dengan mengguna pakai teknologi ‘Industrialised Building System’ (IBS) dengan keluasan binaan lebih besar tanpa melibatkan sebarang tambahan kos kepada pemohon.

Pengerusi SPNB Datuk Idris Haron berkata, penggunaan teknologi IBS mampu menghasilkan rumah yang berdaya tahan, ekonomik dan inovatif dan ia mampu mempercepatkan jangka masa pembinaan ke-14 hari berbanding 70 hari mengikut kaedah konvensional.

Pembinaan RMR1M itu berkonsepkan tiga bilik tidur dan dua bilik air dengan keluasan 1,000 kaki persegi, serta mengikut spesifikasi majlis kerajaan tempatan dan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam Malaysia.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN RMRIM:
  • Warganegara Malaysia.
  • Pemohon mestilah berumur di antara 18 hingga 65 tahun. (Pemohon umur melebihi 35 tahun perlu menyediakan penama kedua umur kurang daripada 35 tahun)
  • Berkahwin atau Ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan.
  • Pendapatan kasar seisi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan.
  • Tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang / tidak sempurna.
  • Mempunyai tanah / tapak yang bersesuaian dan tiada sekatan / cagaran ke atasnya. Jika tanah bukan kepunyaan pemohon, Surat Akuan / Kebenaran Berkanun dari tuan tanah diperlukan untuk membina dan menggadai tanah tersebut kepada BSN.
REKABENTUK BARU RUMAH MESRAH RAKYAT:
Klik jenis rekabentuk untuk maklumat lanjut

BORANG RUMAH MESRAH RAKYAT:
Borang permohonan untuk RMR1M boleh dimuat turun di semua pejabat wakil rakyat melalui sistem ‘online’ bagi memudahkan pemohon memperoleh borang dan mengetahui status permohonan.

Setakat artikel ini ditulis, borang Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia masih belum lagi dibuka untuk download dan kami pasti borang pasti akan diupload dalam internet setelah ada diantara mereka yang telah mendapatkan borang tersebut.

Untuk maklumat lanjut mengenai program ini, sila hubungi Jabatan Rumah Mesra Rakyat di talian 03-2681 0180.

No comments: