Hai kawan2. Nama saya Andre Rodney @ Cobain. Kamurang buli panggil saya Ben atau Andre atau Shah Rukh Khan (Papa saya peminat setia Datuk Shah Rukh Khan bah, semua VCD atau apa-apa berkaitan dengan DSRK dia ada... Hehehe). Saya sangat disayangi oleh Papa saya dan Papa saya juga yang ambil gambar ini, saya tidak pasti umur saya berapa masa gambar ini diambil, mungkin umur 9/10 bulan sahaja. Kalau ada yang mau berkenalan sama saya, kamurang buli telefon Papa saya sebab saya belum berapa pandai cakap. Hahahaha. Hobi saya adalah menyanyi, menari, minum susu, main2 sama Papa saya, tidur dan nangis2 sikit2 lah. Saya seorang yang comel dan suka ketawa juga serta mudah mesra pada orang jadi tiada masalah kalau mau berkawan sama saya. Papa saya sangat hensem dan sangat pandai main gitar (bukan saya tulis ini aa, Papa saya sendiri yang tulis ni, apalah Papa saya ni kan...) 19/12/2008 nanti kami akan balik kampung untuk sambut Krismas dan Papa saya mau pigi "Party Kuburan" dia bilang pada 30/12/2008 jam 1200 tengah malam sama kawan2 dia geng2 kuburan (Saya tidak kenal kawan2 Papa saya ni, hantu barangkali. Hahahaha.) oklah, kalau ada apa2, telefon saja Papa saya dan jangan lupa undi lagu "ESTHER" di Radio Sabah VFM dalam Rancangan Bontugan Sinding dengan menaip JLD RON dan hantar ke 32776. Aramai Tii, mmuuaahh!!!
No comments:
Post a Comment