batutai today
SATU LANGIT, SATU BUMI, SATU SYURGA..KISAH KLASIK UNTUK MASA DEPAN
Mama..Kepergian Mu Ku Relakan (09 Jan 2008)
Mama...aku masih terkilan kerana berasakan aku tidak pernah menjagamu sewaktu hayatmu dengan sebaiknya:dan aku juga yang memaksa mama untuk mendapatkan rawatan di hospital kerana begitu yakin dengan cara rawatan moden untuk menyembuhkan mama (tongue cancer). Bahkan sewaktu mama berhadapan dengan penyeksaan dan penderitaan di katil hospital (dicabut kesemua gigi sebelum menjalani beberapa siri rawatan radioterapi dan kemoterapi yang semakin melemahkan daya tahan mama, menggugurkan rambut mama yang memang tidak lebat :mama masih mampu berseloroh yang mama terpaksa pakai gigi palsu selepas sembuh): terasa tidak banyak yang aku perbuat untuk menghiburkan mama yang sememangnya perlukan perhatian yang lebih pada saat-saat itu. Terasa kurangnya kasih sayang ku terhadap mama yang mengandungkan aku dan membesarkan aku. Aku masih teringat pada hari-hari terakhirmu (di rumah, setelah doktor membenarkan mama dibawa pulang: kerana sudah "tiada harapan") tepatnya sehari sebelum mama 'pergi'. Aku sempat melihat senyum lemah mama yang terakhir saat aku sudahi memotong dan membersihkan kuku di jari-jari mama yang semakin lemah (mama masih pentingkan kebersihan diri pada saat-saat itu)sambil mama memaksakan (berusaha) bercakap dengan kawan-kawan/saudara mara mama yang datang melawat...mama sempat memanggil nama 'seseorang' dan menunjuk ke arah jalan yang nyata tiada siapa-siapa berada di situ (bodohnya aku kerana kurang pengetahuan: mungkinkah petanda mama akan segera 'pergi'?). Ternyata benar, pada tengah malam itu juga mama telah 'pergi' buat selama-lamanya (aku tidak berada di rumah mama waktu itu:mungkin mama tidak mahu aku melihat kepergian mama yang penuh seksa). Siangnya, aku cuma mampu mencium mama buat kali terakhir sambil memerhati seraut wajah mama yang begitu tenang dan sekujur tubuh mama yang di pembaringannya. Tuhan, terima kasih kerana Engkau telah melepaskan mama dari penderitaan dan penyeksaan.semuanya terjadi atas kehendakmu......sanak saudara, sahabat handai, rakan taulan mama yang datang memberi penghormatan terakhir buat mama begitu ramai..membuktikan mama adalah seorang yang begitu baik dan penyayang semasa hayatnya,..kasih sayang mama pada setiap yang mengenalinya tiada tolok bandingnya.....
Mama...maafkan aku kerana aku sedar aku belum puas bersama mu,menyayangimu dan disayangimu..belum sempat ku balas semua pengorbanan mu buatku...damailah di sana..anak mu sentiasa akan mendoakan mu..amin
*Mama (Afong bte Pandayangan) menghembuskan nafas terakhir pada 09 Jan 2008 setelah menderita kanser yang pada mulanya dikesan mengalami bengkak (ketulan) di lehernya dan akhirnya didiagnosakan sebagai kanser lidah (dan tekak) yang pada hari-hari terakhirnya hanya mampu mengalas perut dengan susu formula melalui tiub yang disalurkan melalui hidungnya...terlalu banyak cerita dan derita yang tidak terungkapkan..sama-samalah kita mendoakannya di alam sana..
Kasih Seorang Ayah
Nak berkongsikan satu kisah benar kasih seorang ayah terhadap anaknya, kita semua mungkin bakal lalui pengalaman yang sama kelak. KERANA DIA SEORANG AYAH – Kisah Benar sebagai pengajaran dan pedoman buat kalian
Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, “Pakcik, laptop…” – dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai.
Aku menyambung lagi, “Nak beli untuk anak ke?”, “Ya, nak beli untuk anak – dia nak sambung belajar – laptop yang mana yang ok?”. Aku mempromosi barang seperti biasa – aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. “Kalau nak yang bagus mahal pakcik – tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung – seribu seratus lebih je…”. Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut “Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni…” – pergi dengan suatu perasaan yang lain.
Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan – aku duduk di kaunter menunggu pelanggan – dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya – perempuan. “Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?”, “Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru – harga sama je”, aku menyambut soalan nya. Dia bertanya kepada anaknya, “Yang nie ok ke dik?” – “Ermmm, ok ke nie murah je – karang rosak karang susah…” jawabnya dengan muka yang kurang puas hati – anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal. “Yang acer nie x boleh ke ayah?”, ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, “Yang acer nie berapa boleh murah lagi?” – “Yang tu tak dapat dah pakcik,… Dah harga kos dah tu…” aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, “Dik, nak laptop untuk belajar kan… Rasanya kalau untuk belajar – yang nie lebih dari cukup – rosak tak payah pikir sangat – warenti setahun.”. Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya.
“Oklah, yang ini.” jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja ‘display’ – aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar – aku nampak dompetnya kosong – habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula – dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira – wang aku masukkan dalam cash drawer, “Cukup duit tadi dik?” – “Cukup, Terima Kasih ya…”. Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan – RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya – penuh harapan.
Aku geram kepada anaknya – seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana – hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekeping duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu ‘mengais’ untuk hari esoknya.
Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin…
Sumber
Adakah kita selalu fikirkan dari mana duit mak ayah kita dapat untuk besarkan kita? Pernahkah kita terfikir akan pengorbanan dan kesusahan mak ayah kita demi menyara hidup kita dengan lengkap? Renung-renungkanlah kisah benar ini, kerana kita juga bakal melaluinya.
Sumber: Kisah Benar Yang Menyayat Hati - Kasih Seorang Bapa | Fuh.My
Subscribe to:
Posts (Atom)